Tuesday 1 May 2012

korbankan sesuatu yang disukai..agar kau temui berkat yang dicari

Tatkala sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar....dengan tanggungjawab menuntut ilmu...menelaah..mengulang kaji pelajaran...
sekadar gambar hiasan

terfikir di minda..untuk apa saya lakukan semua ini..mengapa harus saya korbankan masa muda saya untuk melakukan sesuatu yang tidak nampak hasilnya di depan mata..tidak jelas hujung pangkalnya...

Kawan-kawan ke kuliah..saya juga ke kuliah...kawan-kawan menyelesaikan tugasan..saya juga turut serta menyelesaikan tugasan tersebut..sibuk mengira markah untuk keputusan peperiksaan tiap kali semester sampai ke penghujungnya...risau..khuatir...bimbang..
apakah cukup markah yang diperoleh untuk mencapai keputusan cemerlang..dapatkah kekalkan pencapaian cemerlang seperti semester sebelumnya...??dapatkah memegang anugerah dekan yang sangat-sangat diimpi oleh sekalian yang bergelar mahasiswa....??

anugerah dimata manusia...tidak sama dengan anugerah dariNya....

Namun pernahkan terlintas di fikiran...
Ketika sibuk membuat tugasan lalu azan kedengaran...apakah berhenti dan terus menunaikan kewajipan atau menanti sehingga di akhir waktu...barulah selesaikan urusan dengan Yang Maha Esa...??

Ketika teman-teman lain taat mendengar nasihat atau teguran yang diberi oleh pensyarah......dia merasa marah dan tidak berpuas hati terhadap apa yang dikatakan oleh pensyarah tersebut....merasa seolah-olah ia satu bebelan yang merunsingkan..yang boleh memberi tekanan....??

Ketika pensyarah atau guru telah masuk dan mula mengajar... dia hadir ke kelas dan terus menuju ke tempatnya...tanpa memohon seuntai maaf dari guru yang sedang mengajar...atau dia sibuk berulit diatas katil bertemankan tilam dan bantal yang empuk...??

Ketika rakan-rakan sibuk menjawab peperiksaan dengan tekun dan bersungguh-sungguh...dia dengan senang hati meminta jawapan..atau dengan kata yang lebih mudah..berbincang dan meniru....seolah-olah ia bukan suatu kesalahan...malah berbangga dengan keputusan hasil peniruannya....??

Allah....adakah pernah kita melakukan perkara sedemikian....atau pernahkan terlintas dihati untuk melakukan perkara-perkara diatas...??

Na'uzubillah...barangkali kita terlupa bahawa tiap perlakuan yang dilaksanakan...walau sekecil zarah sekalipun...akan  tetap dihitung oleh Allah s.w.t...........
Barangkali juga kita terlupa suatu yang dinamakan BERKAT itu tidak boleh dilihat oleh mata kasar...tidak boleh dinilai melalui pencaindera manusia...
Sumber: http://nine.gapuranetwork.net/2012/03/15/belajar-bagaimana-mendapatkan-keberkatan/

Apakah kita rela memperoleh keputusan yang cemerlang...pujian yang melangit...pandangan manusia yang tinggi terhadap kita...
Sedangkan Allah murka!!Allah marah pada kita....dengan jalan kecemerlangan yang kita peroleh...mengenepikan hak-hak yang perlu dipelihara..
Na'uzubillah.......

Marilah renung kembali....tiap yang kita laksanakan...terutama sebagai penuntut ilmu...adakah benar menurut apa yang dituntut oleh agama kita...apakah kita mengambil berat terhadap hubungan kita dengan yang Maha Besar??akhlak dengan pensyarah...guru-guru kita...??hubungan dengan ibu...ayah...adik beradik???pergaulan dengan teman-teman?? 

Sama-sama kita kembali tunduk..tafakur seketika...hidup ini cuma sementara...apa yang kita kejarkan itu..adakah menjadi bekalan kepada kita saat disoal siasat pada Hari Pembalasan kelak...atau sekadar kepuasan sementara tanpa membawa sebarang manfaat...

(Kita Akan Dijemput, Ukay's)

*maaf jika terkasar bahasa...sekadar renungan..ingatan dan teguran bersama...
tiap kritikan adalah untuk kebaikan bersama..insyaAllah...:)

~~hamba_yang_kerdil...~~

1 comment:

  1. korbankan sesuatu yang paling kita syg suke tu la pengorabanan paling berkat..tapi nak buat ya Allah...
    mgkin awk tahu crta ni, seorg sahabat nabi minang seorg perempuan tp ditolak sbb perempuan tu nak dengan lelaki lain iaitu sahabat kpd lelaki yg minang die tu..
    sahabat tu terima tolakan perempuan tu & serahkan semua kelengkapan kawen beri pada sahabat lelaki beliau utk majlis perkahwinan mereka... :)

    ReplyDelete