Monday 14 May 2012

Jadilah sahabat yang membahagiakan...

mungkin rata-rata pembaca sudah biasa membaca cerita atau kisah tentang sahabat...saya juga yakin...masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri berkenaan takrifan seorang sahabat...

bagi saya..sahabat tidak ubah seperti saudara kandung kita sendiri...yang mana merekalah yang berada disamping kita...saat susah dan senang...
sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Perumpamaan dua orang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya."
Sahabat yang baik akan menyenangkan sahabatnya yang lain
namun..benarlah kata-kata sebilangan orang...kawan ketawa mudah dicari...kawan menangis??

Sunday 13 May 2012

korban harta mampu kukuhkan silaturrahim...

Tanpa kita sedar, hutang sebenarnya mampu mengeratkan hubungan sesama insan




Terdapat satu persoalan yang berlegar diminda sesetengah daripada kita berkenaan hutang. Iaitu mengapakah Islam mengharuskan hutang? Mungkinkah ada hikmah disebalik perkara ini?

Sebenarnya, hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat dan syafaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia merupakan perbuatan saling menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah s.w.t. Selagi ia menolong dalam perkara kebajikan. Antara hikmah hutang piutang ialah:

Ajaibnya Waktu Subuh

Subuh adalah waktu paling ideal untuk memulakan apa jua pekerjaan
 Subuh adalah salah satu waktu yang menjadi dugaan bagi ramai insan. Lalu, Allah menguji keimanan hamba-hambaNya dengan mewajibkan setiap yang mengaku Islam untuk menunaikan solat Subuh. Hal ini kerana rata-rata mereka tidak sanggup untuk mengorbankan keenakan tidur yang lena berteman tilam dan bantal yang empuk. Tetapi tidak bagi mereka yang benar-benar ikhlas mengaku ke Esaan Allah s.w.t sanggup meninggalkan kenikmatan tidur yang sementara demi taat dan patuh pada yang Maha Pencipta.
Solat berjemaah membawa seribu satu kelebihan kepada sesiapa yang menunaikannya.

Hari Ibu Itu Hari-hari

13 Mei...satu tarikh yang dinanti oleh rata-rata insan...kata mereka hari itu adalah hari Ibu...erm...aku juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari ibu pagi tadi melalui panggilan telefon...
"selamat hari ibu bu...", ucapku pada ibu setelah salam ku bersambut...
"terima kasih anis...", dengan nada gembira ibuku menjawab...
"tapi..ibu harap bukan hari ni je hari ibu ye...", ibu mengingatkan ku...
"insyaAllah baik bu..anis sentiasa ingat ibu...sayang ibu...doakan ibu hari2...bukan hari ni je...", jawabku pula...
Kek khas dari adik-beradikku sewaktu menyambut hari lahir ibu yang ke-47, 6 Januari lalu....
Itulah sedikit sebanyak perbualan ku dengan ibu...ibu dalam perjalanan melawat adik-adikku di asrama...

Tuesday 1 May 2012

korbankan sesuatu yang disukai..agar kau temui berkat yang dicari

Tatkala sibuk menjalani kehidupan sebagai pelajar....dengan tanggungjawab menuntut ilmu...menelaah..mengulang kaji pelajaran...
sekadar gambar hiasan

terfikir di minda..untuk apa saya lakukan semua ini..mengapa harus saya korbankan masa muda saya untuk melakukan sesuatu yang tidak nampak hasilnya di depan mata..tidak jelas hujung pangkalnya...

Kawan-kawan ke kuliah..saya juga ke kuliah...kawan-kawan menyelesaikan tugasan..saya juga turut serta menyelesaikan tugasan tersebut..sibuk mengira markah untuk keputusan peperiksaan tiap kali semester sampai ke penghujungnya...risau..khuatir...bimbang..