Sunday 13 May 2012

korban harta mampu kukuhkan silaturrahim...

Tanpa kita sedar, hutang sebenarnya mampu mengeratkan hubungan sesama insan




Terdapat satu persoalan yang berlegar diminda sesetengah daripada kita berkenaan hutang. Iaitu mengapakah Islam mengharuskan hutang? Mungkinkah ada hikmah disebalik perkara ini?

Sebenarnya, hutang piutang dapat memberikan banyak manfaat dan syafaat kepada kedua-dua belah pihak. Ia merupakan perbuatan saling menolong antara umat manusia yang sangat dianjurkan oleh Allah s.w.t. Selagi ia menolong dalam perkara kebajikan. Antara hikmah hutang piutang ialah:


>>dapat mengurangkan kesusahan yang dialami oleh orang lain
>>dapat memperkuatkan hubungan tali persaudaraan antara kedua belah pihak
Sahabat yang baik akan membantu sahabatnya yang dalam kesusahan

Pada dasarnya, isu hutang berkait rapat dengan sikap amanah dan kebijaksanaan kita menguruskan perbelanjaan. Sifat amanah dilihat sebagai satu kontrak yang membuktikan semangat tolong-menolong, kasih sayang dan ketinggian iman seseorang membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
"Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang, maka hendaklah orang yang dipercayai itu menyempurnakan amanahnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya." (Surah al-Baqarah 2:283)

Soal jawab diatas adalah petikan daripada ruangan perbankan Islam, tulisan Ustaz Mohd Hafiz Hj. Fauzi dalam majalah Al-Ustaz, Isu Perdana, Volume 1.

Berdasarkan perkara diatas, saya berpendapat bahawa memang jelas bahawa hutang dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama insan. Namun demikian, terdapat juga sesetengah pihak yang culas terhadap tanggungjawab membayar hutang. Ramai dalam kalangan penghutang yang lari dari tanggungjawab membayar semula hutang yang telah dibuat.

Hal ini bertentangan dengan hikmah hutang itu diharuskan dalam Islam. Janganlah pula mengambil kesempatan diatas keprihatinan yang ditunjukkan oleh orang lain. Apabila pandai berhutang, maka haruslah juga dititikberatkan soal membayar semula hutang tersebut. Barulah terbukti hikmah dan manfaat disebalik berhutang dan seterusnya dapat mewujudkan sebuah masyarakat dan ummah yang harmoni dan saling berkasih sayang insyaAllah.

Tetapi adalah lebih baik sekiranya tidak berhutang jika kita sudah tahu bahawa kita tidak mampu untuk menjelaskannya kelak. Hal ini penting dalam mendidik kita supaya lebih berjimat cermat serta bijak dalam berbelanja dan dapat membebaskan diri dari belenggu hutang keliling pinggang.
Na'uzubillah....
~Tolong menolong itu amalan mulia...:)~

1 comment:

  1. hutang dlm arab ape ye awk..?lupe... :(
    bagus entry ni..baru sy tahu hukum hutang :)

    ReplyDelete