Monday 14 May 2012

Jadilah sahabat yang membahagiakan...

mungkin rata-rata pembaca sudah biasa membaca cerita atau kisah tentang sahabat...saya juga yakin...masing-masing mempunyai pendirian yang tersendiri berkenaan takrifan seorang sahabat...

bagi saya..sahabat tidak ubah seperti saudara kandung kita sendiri...yang mana merekalah yang berada disamping kita...saat susah dan senang...
sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Perumpamaan dua orang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya."
Sahabat yang baik akan menyenangkan sahabatnya yang lain
namun..benarlah kata-kata sebilangan orang...kawan ketawa mudah dicari...kawan menangis??
saya juga seperti kalian..punyai ramai sahabat yang sangat mengambil berat terhadap diri kita....syukur Alhamdulillah...sahabat yang sedia membantu tatkala saya dalam kesusahan...dalam masa yang sama, saya juga turut bersedia membantu saat mereka mengalami kesulitan...

biasalah...cuaca pun ada hujan..ada panas...ribut..petir juga tidak ketinggalan...begitu juga dengan lumrah bersahabat...sedangkan lidah lagi tergigit..inikan pula teman-teman yang sentiasa disekeliling kita...

 kadangkala...mungkin pernah terlintas dihati kita...perasaan kurang enak terhadap sahabat2...mungkin cemburu melihat kejayaan mereka..atau merasa rendah diri terhadap kelebihan yang dimiliki olehnya...atau mungkin juga iri hati terhadap kebahagiaan yang dikecapi oleh rakan-rakan yang lain....

tetapi haruslah kita ingat...sahabatlah yang akan membantu kita...tatkala kita ditimpa kesusahan...bayangkan...kehidupan sebagai pelajar kampus misalnya....menuntut kita melaksanakan tugasan kadang-kala tidak mampu diselesaikan seorang diri...siapa lagi yang boleh membantu kita selain insan yang bergelar sahabat??
Sekadar gambar hiasan

oleh itu...disini..saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh dijadikan panduan oleh semua pembaca untuk memilih sahabat serta dalam masa yang sama, kita belajar menjadi seorang sahabat yang mampu memberi pahala kepada sahabatnya yang lain:

>> Anjuran Rasulullah s.w.t. untuk memilih sahabat dari kalangan orang-orang yang baik dan soleh...sebagaimana maksud sabda baginda:

"Bersahabat dengan orang yang soleh dengan orang yang jahat sepeti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi yang menghembus bara api. pengedar minyak wangi,samaada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau bauan daripadanya ataupun sekurang kurangnya anda mendapat juga bau wangi daripadanya. manakala tukang besi pula ,ia akan menyebabkan pakaian anda terbakar ataupun anda mendapat bau yang kurang enak atas hembusan bara apinya" (Riwayat Abu Daud)

>> Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
  •  Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu. 
  •  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu. 
  •  Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
Sahabat-sahabatku yang kukenali sejak tingkatan 1 (2002) sehingga sekarang
  •  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik. 
  •  Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu. 
  •  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 
  •  Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya. 
  •  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu. 
  •  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu. 
  •  Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
  •  Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu. 
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
    Begitulah diantara panduan untuk memilih sahabat...suatu perkara yang mungkin ramai tidak menyedari....atau tidak perasan..bahawa seseorang itu amat bermakna dalam kehidupannya melainkan dia telah tiada dalam hidup kita.....
    Jika kita tidak mampu menjadi nian yang membakar diri untuk orang lain....cubalah menjadi pokok yang berbuah agar hasilnya dapat dimanfaatkan oleh orang lain insyaAllah....
    Hargailah pengorbanan dan kebaikan sahabat2 anda....moga bahagia menjadi milik kita semua...ameen.....:-) 
     sumber:
    >> http://alhishamz.blogspot.com/2011/12/sahabat-yang-baik-dan-sahabat-yang.html
    >>http://diarihati.com/blog/2011/10/24/sahabatsejati/
    >>http://www.youtube.com/watch?v=6-OtuuV9IqA

    ~~insan terpilih dan bersyukur punya ramai sahabat....~~

1 comment:

  1. terima kasih sebab awk sahabat , rakan yg baik :) mase senang & susah...

    ReplyDelete