Sunday 13 May 2012

Hari Ibu Itu Hari-hari

13 Mei...satu tarikh yang dinanti oleh rata-rata insan...kata mereka hari itu adalah hari Ibu...erm...aku juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari ibu pagi tadi melalui panggilan telefon...
"selamat hari ibu bu...", ucapku pada ibu setelah salam ku bersambut...
"terima kasih anis...", dengan nada gembira ibuku menjawab...
"tapi..ibu harap bukan hari ni je hari ibu ye...", ibu mengingatkan ku...
"insyaAllah baik bu..anis sentiasa ingat ibu...sayang ibu...doakan ibu hari2...bukan hari ni je...", jawabku pula...
Kek khas dari adik-beradikku sewaktu menyambut hari lahir ibu yang ke-47, 6 Januari lalu....
Itulah sedikit sebanyak perbualan ku dengan ibu...ibu dalam perjalanan melawat adik-adikku di asrama...


Petangnya..tatkala aku membaca berita minggu...tersentuh hatiku apabila membaca satu laporan bertajuk 'Tiga beradik rayu ibu kandung pulang'. Allah...rupa-rupanya ibu mereka sudah hampir enam bulan menghilangkan diri dari rumah...sedang ayah pula dihukum penjara kerana mencuri...si adik yang bongsu pula setiap hari bertanya dimana ibu...si kakaklah yang terpaksa ponteng sekolah untuk menjaga kebajikan adik-adiknya...

Besar sungguh dugaan mereka...tidak pula mereka melakukan perkara yang tidak betul seperti lari rumah dan sebagainya..malah merayu dan menanti kepulangan ibu, insan yang amat mereka kasihi...

Aku terfikir juga, apabila kita gembira bercerita tentang ibu...mungkin ada hati2 yang amat sedih..pilu..hiba...atau ada yang kecewa...kerna??

Ibu mereka telah dijemput Ilahi
Ibu mereka jauh diperantauan
Ibu mereka sibuk dengan kerjaya
Ibu mereka menghilangkan siri seperti kisah diatas
Ibu mereka mungkin sedikit tegas..sehingga anak2 takut untuk bermanja

Tapi kita...kita masih punya ibu..yang amat baik hati...penyayang..sabar dan tabah...sentiasa menjadi penyokong hidup kita...selalu bersedia untuk korbankan apa saja....namun...
apakah sudah kita ucapkan TERIMA KASIH pada Ibu??
sudahkan kita ucapkan SAYA SAYANG IBU kerana ALLAH??
sudahkan mohon maaf kerana selalu buat ibu menitiskan air mata??
pernahkan kita kucup pipi ibu tanda kasihkannya??
pernahkah kita peluk ibu tanda sayangnya kita pada ibu??

Ibu (Puan Hajjah Badariah Dallee) bersama puteri bongsunya, adikku yang ke5, Ayunil Widad Muhamad Ali...
Ingatanku pada kalian yang masih punya ibu...lakukan..tunjukkanlah...kasih sayangmu pada ibu..walau dengan cara apa sekalipun....sebelum ibu kita kaku..sebelum pipi ibu sejuk...sebelum ibu tidak mampu membalas pelukan kita...lakukanlah sekarang..sebelum segala2nya terlewat....
sumber: selamat hari ibu,  http://www.youtube.com/watch?v=8VIgXpwz91g

~puteri_sulung_ibu~

1 comment:

  1. hari hari hari ibu... :)
    hari ni sy da kerje balik..rase xpuas dgn mak kt kg walhal da dekat seminggu ade kt kg dgn mak sy

    ReplyDelete