Monday 23 April 2012

kopimism...CTRL+C dan CTRL+V

satu petang...saya tergerak hati untuk membeli Berita Minggu..memandangkan sudah lama saya tidak membaca surat khabar melainkan secara online sahaja...

ketika bacaan saya sampai di bahagian Dunia..saya tertarik melihat satu headline yang berada di muka depan bahagian tersebut...http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ideologi_Kopimism_kianmenular/Article....

link diatas adalah berita yang saya maksudkan...ia mengenai satu ajaran baru yang telah pun diterima di Sweden...iaitu agama yang diberi nama 'Kopimism'...mungkin
ada diantara kawan-kawan yang pernah dengar sebelum bace entry ini....

Sedikit info tentang Kopimism....

Nama: Kopimism (sebuah ajaran online)
Pengasas: Isak Gerson, 20
pengasas Kopimism...
Kepercayaan: 
-Semua orang bebas untuk menyalin dan mengedarkan semua maklumat tanpa mengambil kira hak cipta atau paten
-Percaya tindakan menyalin, berkongsi dan memperbaiki pengetahuan termasuk muzik dan maklumat lain adalah naluri semula jadi
-Percaya semua hal mengenai maklumat khususnya internet adalah sesuatu yang suci
-Perbuatan 'salin' dan 'lekat' atau 'copy paste' adalah satu amalan universal
Simbol agama: CTRL+C dan CTRL+V
simbol agama ini

Wow...begitulah fikiran mereka mengenai sesuatu yang hanya berasaskan logik serta akal fikiran semata-mata...bagi saya...apabila agama ini semakin menular...maka:

-budaya Plagiarism yang selama ini digembar gemburkan sebagai suatu kesalahan bakal menjadi suatu perlakuan yang diterima oleh penganutnya... 
-hasil kerja yang dimiliki oleh sesiapa pun bakal menjadi suatu yang boleh dicuri, diubah-suai, malah dimusnahkan dengan sewenang-wenangnya...
-manusia menjadi semakin malas serta hanya bergantung kepada sumber sedia ada tanpa perlu berusaha dengan gigih untuk memperoleh sesuatu....

Itu sekadar yang terlintas difikiran saya yang alhamdulillah masih diberi peluang untuk berfikir dengan waras.....namun, jika ia dibahaskan..akan terhasillah pelbagai pendapat dan pandangan masing-masing...yang lebih jelas dan terang bagi saya sebagai insan Muslim....ia amat bertentangan dengan apa yang telah tertulis dalam Al-Quran dan Hadith...

Apakah berani manusia itu mengingkari kalam Allah???...berkenaan tiada agama pun yang diterima disisiNya melainkan Islam....
Surah Ali Imran, Ayat 90 sebagaimana tulisan Dr. Zulkifli Mohd AlBakri dalam blog beliau..tentang tiada yang benar melainkan agama Islam...
Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa hanya Islam satu-satunya agama yang diterima disisi Allah...

Selain itu, bagi saya..memanglah tiada paksaan dalam beragama 
-sepertimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud 'Tiada paksaan dalam beragama'....
-artikel bertajuk 'Kebebasan Beragama: Antara Universal Islam dan Pluralisme Agama'...menulis tentang agama Islam sebagai agama yang syumul...berbeza dgn agama-agama yang ada didunia...

Namun...ia semuanya berpaksikan kepada konsep yang satu...iaitu berkenaan hidayah...yang mana ia merupakan petunjuk dan hanya dimiliki oleh Allah....ia hanya akan dikurniakan kepada mereka yang Allah kehendaki sahaja...maka tidak hairanlah dengan kewujudan pelbagai ideologi yang menentang kebenaran Islam....

Oleh yang demikian...pengajaran paling berharga yang saya rasa saya sendiri peroleh..serta mungkin bakal diperoleh semua yang membaca...bersyukur atas rezeki yang Allah beri pada kita...dilahirkan dalam Islam...satu nikmat yang sangat besar...

Maka...pencarian tentang Islam...ilmu dan segala yang berkaitan dengannya...adalah suatu kewajipan....segeralah mencari kebenaran...dan sama-samalah kita beramal dengannya...moga kita semua terhindar dari ujian yang tidak mampu kita tanggung...juga sentiasalah berdoa supaya ditetapkan hati..sentiasa ditambah iman dan amal...mati dalam agama Allah yang suci ini...amin Ya Robbal 'Alamin...

sumber:
*blog Dr. Zulkifli
*berita harian online
*http://www.islam.gov.my/sites/default/files/kebebasan_beragama_antara_universal_islam_dan_pluralisme_agama.pdf
* http://oddculture.com/weird-news-stories/kopimism-the-new-file-sharing-religion/

Wallahu'aklam...:)

2 comments:

  1. nikmat iman, nikmat islam..yup dari kecik da lahir dlm islam..terima kasih atas perkongsia mm betul sy rase nanti semua akan jadi malas, ambik sumber sedia ada je...

    ReplyDelete
  2. same2 kite berdoa supaya diberikan Allah taufiq dan hidayahNya...moge kite sentiasa istiqamah dlm melakukan kebaikan..amin...:)

    ReplyDelete